Aku Penghiburmu (album)
Aku Penghiburmu (album)

Aku Penghiburmu (album)

Aku Penghiburmu[2] merupakan salah satu album yang dihasilkan oleh Sudirman Haji Arshad. Ia merupakan album pertama beliau setelah berpindah ke syarikat rakaman EMI. Album ini dikeluarkan pada tahun 1978. Pada tahun 2008, album ini juga pernah dikeluarkan semula di dalam bentuk cakera padat yang bertajuk Timeless. Pada tahun 2011 pula, EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mencetak semula album ini di dalam bentuk cakera padat dengan menggunakan nama yang asal.[3]